Posts

Showing posts from April, 2011

Konsisten Semula..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Pagi ini saya mulakan hari dengan santapan dari blog Prof Kamil. Sungguh saya teruja dengan tulisan beliau. Saya pasti siapa yang membaca pasti paling tidak sedikit pun akan tersentuh. Ianya blog yang biasa-biasa, namun ada sentuhan yang luarbiasa. Sentuhan beliau buat saya sedar. Telah lama saya tinggalkan perkara-perkara yang dulunya menjadi rutin saya. Virus dua tahun dek berjauhan dengan si suami buat saya kadangkala lalai lalu terleka. Mungkin kerana itu saya tinggalkan semuanya. Dan untuk hari ini, saya nekad biarlah gejala dek 2 tahun yang lalu mati begitu sahaja. Cukuplah menjadi hamba yang biasa-biasa..hubungan dengan Tuhan biarlah hubungan yang luarbiasa. Cerita beliau tentang Syarifah  yang ceria menaikkan semula semangat ibadah saya. Kagum saya terhadap kelebihan Dhuha dan keindahan Qiamullail memuncak semula. Menelusuri dan memahami jalan cerita mereka-meraka yang berjaya menyedarkan saya. Untuk berjaya dan hidup d