Posts

Showing posts from February, 2010

Gaya Tidur Bayi Baru Lahir

Gaya Tidur Bayi Baru Lahir Ha..Bagi ibu bapa baru macam saya dan suami, panduan di bawah sangat membantu dalam memahami gaya hidup bayi baru kita. Bacalah, yang mana sesuai mungkin boleh dipraktikkan dengan bayi masing-masing.=) Panduan dipetik dari portal MyHealth.(Banyak info yang baik dan menarik di sini, sangat-sangat berguna. Jangan lupa tengok ya!) Gaya Tidur Bayi Yang Baru Lahir Pengenalan Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan. Gaya Tidur Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru la

Perkembangan Bayi 0-12 Bulan

Bayi & perkembangan setiap bulan Perkembangan bayi selepas lahir Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan. Bulan Pertama: Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari. Bulan kedua: Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam

Nak Beli Rumah Baru?

PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan: Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan berkuatkuasa. Kenal Pasti Jenis Rumah Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) ialah 24 bulan seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar. Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen, permit dan sebagainya. Hakmilik Tanah Hakmilik perseorangan, perkongsian, syarikat Hakmilik Strata Status Tanah Hakmilik Kekal selamanya Pajakan 99 tahun Rezab Melayu Dapatkan Maklum