Saturday, November 26, 2011

Doa Tahun Baru

Salam Tahun Baru 1433 Hijrah!

Jom mulakan dengan sesuatu yang baik untuk tahun baru yang satu ini..-doa awal tahun hijrah.
Kredit : Mutiara Hikmah




doa-awal-tahun

Salam Maal Hijrah, semua!









                                                                                                                                                           


















Thursday, April 28, 2011

Konsisten Semula..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi ini saya mulakan hari dengan santapan dari blog Prof Kamil. Sungguh saya teruja dengan tulisan beliau. Saya pasti siapa yang membaca pasti paling tidak sedikit pun akan tersentuh. Ianya blog yang biasa-biasa, namun ada sentuhan yang luarbiasa.

Sentuhan beliau buat saya sedar. Telah lama saya tinggalkan perkara-perkara yang dulunya menjadi rutin saya.
Virus dua tahun dek berjauhan dengan si suami buat saya kadangkala lalai lalu terleka. Mungkin kerana itu saya tinggalkan semuanya. Dan untuk hari ini, saya nekad biarlah gejala dek 2 tahun yang lalu mati begitu sahaja. Cukuplah menjadi hamba yang biasa-biasa..hubungan dengan Tuhan biarlah hubungan yang luarbiasa.
Cerita beliau tentang Syarifah  yang ceria menaikkan semula semangat ibadah saya. Kagum saya terhadap kelebihan Dhuha dan keindahan Qiamullail memuncak semula. Menelusuri dan memahami jalan cerita mereka-meraka yang berjaya menyedarkan saya. Untuk berjaya dan hidup dengan tenang ibarat berada di bawah naunganNya, sangat perlu kepada pertolongan dan hubungan yang baik denganNya.
Cukuplah begini, saya juga mahu berjaya seperti mereka. Tidak mahu saya sekadar mengagumi, saya mahu mencontohi dan menapak seperti mereka. Cukupkah juga saya terleka dalam menilai dan menghargai hubungan rohani bersama Ilahi. 
Oh Tuhan, berikanlah kekuatan. Ampuni keterlanjuran dan kekhilafan di masa nan silam. Amin...

Thursday, February 18, 2010

Gaya Tidur Bayi Baru Lahir

Gaya Tidur Bayi Baru Lahir


Ha..Bagi ibu bapa baru macam saya dan suami, panduan di bawah sangat membantu dalam memahami gaya hidup bayi baru kita. Bacalah, yang mana sesuai mungkin boleh dipraktikkan dengan bayi masing-masing.=)
Panduan dipetik dari portal MyHealth.(Banyak info yang baik dan menarik di sini, sangat-sangat berguna. Jangan lupa tengok ya!)

Gaya Tidur Bayi Yang Baru Lahir

Pengenalan

Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :

Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Perkembangan Bayi 0-12 Bulan

Bayi & perkembangan setiap bulan
Perkembangan bayi selepas lahir



Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan
Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.



Bulan
kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.



Bulan
ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.



Bulan
keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.



Bulan
kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.



Bulan
keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.



Bulan
ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".



Bulan
kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.



Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.



Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.



Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.



Bulan
kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Sumber:http://www.edaransalindah.com

Nak Beli Rumah Baru?

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hakcipta Terpelihara © KPKT 1998-99

Tuesday, December 29, 2009

Berdikit-dikit..lama-lama membukit

Berdikit-dikit, lama-lama membukit


Dah lama tak menulis..Dah lama juga jari tak menari atas keyboard ni..Hmmh..susahnya nak mula kembali menulis..Seingat saya kali terakhir saya menulis secara separa serius ialah lebih kurang 2 tahun yang lalu..Agak lama dan saya agak buntu untuk memulakannya semula..Tapi takpe, perlahan-lahanlah..bukannya mudah nak asah pedang yang dah mula menumpul..kan?=) Don't ever give up..

My First Entry


My First Entry

Alhamdulillah..this is my first entry since 5 months my blog has been published..InsyaAllah, this blog should be the port where ideas, knowledge, experience and story of life can be shared together..

Why After 5 Months?

5 months ago my bundle of joys was born..=) and since the first 5 months ago I dedicated my life and my time special for her..(Of course after my hero-beloved hubby..hehe..I love U dear..=))

InsyaAllah, may this blog can be a medium where something special should be shared between U and me..Ameen..