Konsisten Semula..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi ini saya mulakan hari dengan santapan dari blog Prof Kamil. Sungguh saya teruja dengan tulisan beliau. Saya pasti siapa yang membaca pasti paling tidak sedikit pun akan tersentuh. Ianya blog yang biasa-biasa, namun ada sentuhan yang luarbiasa.

Sentuhan beliau buat saya sedar. Telah lama saya tinggalkan perkara-perkara yang dulunya menjadi rutin saya.
Virus dua tahun dek berjauhan dengan si suami buat saya kadangkala lalai lalu terleka. Mungkin kerana itu saya tinggalkan semuanya. Dan untuk hari ini, saya nekad biarlah gejala dek 2 tahun yang lalu mati begitu sahaja. Cukuplah menjadi hamba yang biasa-biasa..hubungan dengan Tuhan biarlah hubungan yang luarbiasa.
Cerita beliau tentang Syarifah  yang ceria menaikkan semula semangat ibadah saya. Kagum saya terhadap kelebihan Dhuha dan keindahan Qiamullail memuncak semula. Menelusuri dan memahami jalan cerita mereka-meraka yang berjaya menyedarkan saya. Untuk berjaya dan hidup dengan tenang ibarat berada di bawah naunganNya, sangat perlu kepada pertolongan dan hubungan yang baik denganNya.
Cukuplah begini, saya juga mahu berjaya seperti mereka. Tidak mahu saya sekadar mengagumi, saya mahu mencontohi dan menapak seperti mereka. Cukupkah juga saya terleka dalam menilai dan menghargai hubungan rohani bersama Ilahi. 
Oh Tuhan, berikanlah kekuatan. Ampuni keterlanjuran dan kekhilafan di masa nan silam. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

My First Entry

Doa Tahun Baru